500 BLOG !

Saturday, December 25, 2010



Mr Ben Ashaari..Saya nak menang hadiah best2!!!

ok kenapa saya suka jadi blogger:

sebabnya saya pun masih baru dlm blogging ni.
saya nak improve saya punya skill dlm masakan
nak kongsi resepi ringkas dan cari resepi best2 sebagai inspirasi
Blogging adalah satu media yang sihat untuk menyimpan segala memori yang best terjadi dalam hidup saya dan untuk tatapan anak cucu saya nanti..
heheheh
itu saja dari saya...

Ada apa pada yang Masin

Kadang-kadang makn yang masin2 ni bersama dgn nasi dan lauk yang lain memang membuka selera.Bertambah-tambah nasi ke pinggan la jawabnya.Telur masin sebagai contohnya.Fuh~ memang sedap.Apatah lagi kalau dimakan dengan bubur nasi.

Tetapi kali ni Yanti bukannya nak cerita pasal Telur Masin.Tak ada kaitan langsung pun. Kita tengok satu bahan appetizer ni. KOBIS MASIN a.k.a SALTED CABBAGE. bahan ni mudah di dapati kedai runcit or pasaraya.So jangan risau.

rupa kobis masin di pasaran

Now, Yanti nak share satu resepi ni..Ringkas tapi hasilnya menyelerakan.

KOBIS MASIN GORENG

Bahan-bahan:
3 helai daun kobis masin(dipotong dadu)
1 biji ubi kentang(dipotong dadu)
1 labu bawang besar(dihiris)
Sejemput ikan bilis
2 batang cili api(ikut suka..nak pedas tambah lagi..biar sampai berasap)
Garam
MSG
Gula
minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya:
  1. Panaskan minyak di dalam kuali.Gorengkan kentang sehingga masak dan nampak rangup.Kemudian angkat dan ketepikan.Tuskan minyak dengan kertas tisu penyerap minyak.
  2. Minyak yang sama tadi yang masih panas,gorengkan kobis masin pulak selama 5 minit. Tuskan kemudian ketepikan.
  3. Akhir sekali barula gorengkan ikan bilis sehingga rangup.Angkat dan tuskan.
  4. Buang minyak di dalam kuali.Hati2 kerana minyak sangat panas.
  5. Panaskan kuali yang sama,masukkan bahan-bahan yang dah digoreng tadi.Masukkan cili api dan perasakan dengan garam,MSG dan gula.
  6. Lastly,masukkan bawang besar.Tutup api setelah bawang besar hampir layu.Siap dihidang.

~~Lihatlah hasilnya~~~
v
v
v
v
v



Memang menyelerakan..walaupun masakannya simple!
SELAMAT MENCUBA

Saya Suka Makan Belacan

Friday, December 24, 2010

Tajuk di atas adalah fakta dari saya.Jom kita kenali lebih mendalam apa itu belacan.

Belacan merupakan sejenis bahan masakan yang diperbuat daripada udang kara yang dimampatkan dan tahan lama. Ia mempunyai bau yang kuat tetapi sedap dan berkhasiat dimakan. Terdapat sesetengah orang yang gemar membakarnya sedikit sebelum digunakan kerana ini membangkitkan baunya. Maupun begitu, sekiranya dibakar, belacan mengeluarkan bau yang sungguh kuat.
Belacan juga merupakan salah satu bahan bagi menghasilkan sambal belacan, iaitu cili dan belacan yang ditumbuk lumat dengan menggunakan belacan dihasilkan daripada udang dan ada juga yang dihasilkan dari ikan.
Proses pembuatannya.. udang dibersihkan dahulu, kemudian dimasukkan kedalam pengisar, tambahkan sedikit garam dan bahan pengawet. kisarkan belacan tersebut sehingga hancur. keluarkan dan jemurkan belacan tersebut. tambahkan sedikit tepung bagi membolehkan belacan tersebut dibentuk empat segi mahupun bulatan.

Sekarang Yanti nak berkongsi satu resepi yang selalu mak buat kat rumah.Salah satu menu kesukaan Yanti la jugak.Memang sedap.Tetapi kepada sesiapa yang alah kepada belacan so sorry to say: RUGINYA....

TERUNG GORENG BELACAN

Bahan-bahan:
2 batang terung (dibelah dua dan dipotong senget2)
3 ulas Bawang merah
2 ulas Bawang putih 
1 cili merah(ikut suka nak pedas campur cili api)
Sejemput ikan bilis
1 inchi belacan
1/2 cawan air
1 senduk minyak masak
Garam dan MSG secukupnya

Cara membuatnya:
  1. Bakar terung di dalam oven sehingga keperang-perangan dan hampir hangus
  2. Di dalam lesung batu,tumbuk bawang merah,bawang putih,cili,ikan bilis dan belacan.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali.Tumiskan bahan- bahan tumbuk tadi sehinga naik bau belacan.
  4. Kemudian masukkan terung dan air.Kacau.
  5. Perasakan dengan garam dan MSG.
  6. Tutup api dan sedia dihidangkan.
TIPS: Tujuan terung dibakar dulu adalah untuk mengelakkan terung menjadi lebik bila dimasak.Dengan cara ni dapat mengekalkan kerangupan terung setelah di masak.


Senang jer kan????!!!!..tetapi bila Yanti buat rasaya x sama dengan rasa mak buat..air tangan ibu katakan..
Selamat mencuba!!!!

Jom Main Goreng-Goreng

Waktu minum petang best kan kalau ada yang goreng2..macam cekodok ker..cucur ikan bilis ker..ada satu ni salah satu kesukaan Yanti.: CENDAWAN GORENG TEPUNG

Untuk resepi ni.Yanti guna cendawan tiram:  

kita terus ke resepinya
v
v
v
v


CENDAWAN GORENG TEPUNG
Bahan-bahan:
1 paket cendawan (dilerai2kan ikut saiz yang diinginkan)
1 biji telur
Adabi multi purpose coating flour
Minyak masak untuk menggoreng


Cara membuatnya:

  1. Basuhkan cedawan tiram kemudian tuskan.Lapkan dengan kain bersih supaya kering.
  2. Pukul telur sehingga kembang
  3. Celupkan cendawan tiram di dalam telur kemudian sadurkan dengan Adabi multi purpose coating flour.
  4. Panaskan minyak di dalam kuali.Gorengkan cendawan sehingga rangup.
  5. Hidangkan bersama sos cili thai.


Resepinya ringkas dan mudah.Sedap tu Yanti bagi '2 thumbs up'.Kalau tak percaya kenalah cuba resepi ni.OK!!~~~

Omelette Sunquick

Hello everyone.Today i want to share some simple dish for my lunch.This omelette  is different than ordinary omelette . What the hell is Sunquick doing with the omelette?? hahaha..
Now i'll show how we can use Sunquick in cooking instead of using it for drink.
 Before that let me introduce a little bit about Sunquick: 

SUNQUICK has a real taste of fruit due to the high juice content.

SUNQUICK provides the important vitamin C.

SUNQUICK is superconcentrated. 840 ml gives 40 glasses of fruit drink.

SUNQUICK has an easy-pour, non-drip cap.

SUNQUICK can - and should, due to the high viscosity - be stored outside the refrigerator.

Now we focus on the recipe...


Omelette Sunquick


What you need:
2 or 3 eggs
1 Carrot chopped
6 Sweet Greenpeas
1/2 bundle of enoki mushrooms
1 big onion sliced
2 garlics chopped
2 tablespoons Sunquick
Maggie seasoning
1 teaspoon Knorr Pasti Sedap
1/2 cup water
Salt
Black pepper
Dried thyme


What to do:


  1. Beat the eggs with a pinch of salt,black pepper and 2 or 3 drops of Maggie Seasoning.
  2. Heat the oil and pour in the beaten eggs.Let it cook and place in a plate.
  3. For the sauce: heat 1 tablesppon of oil in the pan.
  4. Add in the garlics,carrot,greenpeas,enoki mushrooms and big onions.
  5. Then pour in the sunquick with water.
  6. Dont forget Knorr Pasti Sedap for the taste.
  7. Let it boil for 1 minute.Then pour it onto the omelette.
  8. Ready to serve.


I ate it with white rice..nyum nyum..

'Ulam' Versus 'Salad'

Saturday, December 18, 2010

Since I was a kid, my mom trained me to eat vegetables. She always said,"Eat vegetables so that you will have beautiful skins and good eyesight". That shows how mom really concerned about eating healthy food to get a healthy body and get beautiful<i am not beautiful but I know that I am Cute :p lalalala>

There are many ways to eat vegetables.Weather you want to eat them raw or cook them. But now I want to focus on eating raw vegetables.In Malay, eating raw vegetables is called 'ULAM' but Western said 'SALADS'.

What are the differences between "ULAM" and "SALADS'??

"ULAM" is a side dish to the plants that are eaten raw or simply dicelur (trice soaked in hot water) before being eaten with rice. Side dish is also usually eaten together with the high-strung as budu, cencaluk, or sambal belacan, before being eaten with rice. Side dish is famous as the main meal daily in the Malay community in the villages.

"SALAD" is a food made primarily of a mixture of raw or cold ingredients, typically vegetables, usually served with a dressing such as vinegar or mayonnaise.Green salads include leaf lettuce and leafy vegetables with a sauce or dressing.

Somes of 'ulam'


Ulam Raja 

Ulam Raja originated from Latin America but can be found growing wild around Malaysia. They can grow to a height of 2 meters from seeds found in the dried flowers. The part of the plant that is normally eaten is the young shoots. Which is usually eaten with sambal belacan, a spicy dip made from pounded chilli, raw onions, shrimp paste and lime juice.

Health Benefits 
The health benefits of eating ulam raja are that is said to clean the blood of toxic materials and can also strengthen bones.

ULAM PEGAGA (Pennywort leaves) 


Pegaga or as its called in English Indian Pennywort grows in relatively moist soil. Pegaga leaves are fragrant and Malaysian consume these leaves as an appetizer together with their meal as with all ulam with sambal belacan.
It originated from India but can easily be found anyway in South East Asia. Besides eating with rice, some people in Malaysia drink the juice as a brain tonic to increase the brain power.
To make it as a drink is easy. Just blend the leaves with a little water and strain out the juice in a glass. Add a little sugar if you like but I like mine without.

Health Benefits 
Elders have said that pegaga rebuilds the energy, helps to combat stress and increase mental power. Pegaga also is said to be able to reduce high blood pressure, slow down ageing process, and help the body protect itself against toxins.
World Health Organization (WHO) has recognized pegaga as a herb to generate intelligence to think, especially among children. Actually nutritional pegaga has long been recognized throughout Asia. As 'brain food generates intelligence', this ulam is very effective for improving mental functions such as improving memory and concentration of mind.
The practice of drinking juice pegaga very effective to help the troubled sleep, treat skin irritation and high blood pressure.

Petai

 

The petai tree is large and shady, and can grow as high as 30 meters. Petai fruits are long and thin in the head known as the "board". They look like large French beans. Each board has a total between 12 to 15 seeds arranged lengthwise. Petai seeds are peeled and eaten raw and can also be cooked in a sambal paste with shrimp or shellfish.
In traditional Malay medicine, petai beans are believed to be effective in treating heart disease and diabetes, cleaning the kidneys. Combined with fiber, petai gives an instant, sustained and substantial boost of energy. Research has proved that just two servings of petai provide enough energy for a strenuous 90-minute workout. One of the major sides effect of eating petai is it gives bad breath and smelly stomach gases. It contains certain amino acids that give a strong smell to one's urine, an effect that can be noticed up to two days after consumption.

Health Benefits 
Petai contains extremely high potassium yet low in salt, making it perfect to beat blood pressure. So much so, the US Food and Drug Administration has just allowed the petai industry to make official claims for the fruit's ability to reduce the risk of blood pressure and stroke. High in fiber, including petai in the diet can help restore normal bowel action, helping to overcome the problem without resorting to laxatives.
SO..instead of having your Salad,why not go for ULAM!!!!
 



Obor-Obor

Wednesday, December 15, 2010

Bulan Disember bagi tahun 2010 belum ada apa-apa 'entry' baru dari Yanti .Bukannya apa, Yanti sangat sibuk 'entertaint' bonda dan aunty datang dari Sarawak.Anak sedara dan sepupu pun ada sekali ikut.Seronok betul meluangkan masa dengan mereka selama seminggu yang lepas. Sejak bercuti ni,Yanti tak sempat nak main masak-masak sangat.Sebabnya bonda dan aunty dah 'conquer' dapur kecil Yanti tu.

Yang paling 'best' skali bonda bawa barang special dari Sarawak.Bahan makanan yang tak mungkin Yanti jumpa di Shah Alam ni atau lebih tepat lagi di tanah Semenanjung Malaysia ni. Bonda bawa obor-obor..huhuhuhu.. My Favorite!!!..Obor-obor ni bonda buatkan jadi umai..aduh sedapnya..Mesti pelik kan dengar biler obor2 dijadikan umai. 

Perlu diingatkan Obor2 ini bukan ditangkap oleh Spongebob Squarepants mahupun si Patrick Star ok~



Bonda buat obor2 ni untuk makan tengah hari.Apa lagi memang menyelerakan. Perut dahla lapar ditambah lagi hidangan yang tak boleh dapat kat Shah Alam ni so ngap terus masuk ke abdomen.Dah licin umai obor2 tu kami kerjakan baru teringat Yanti tak amik gambar obor2 tu..sayangnya..kalau tak leh tumjukkan kat sini.. 
Tapi Yanti cuba 'google'kan.Kot2 mana taw ada ke.Cuba cari gambar2 obor-obor dahulu.

v
v
v
v

ni gambar macam mana obor-obor masin ni dijual di Sarawak

Close up obor-obor 


Last2 Yanti terjumpa satu blog ni yang ada cerita pasal obor2 ni.Mitak izin tuan punya blog untuk copy&paste kat sini..



Umai Obor-Obor
1. 300 gram Obor-Obor masin
2. Dua batang cili merah (dihiris nipis)
3. Sebiji bawang besar (dihiris nipis)
4. Dua biji bawang merah (dihiris nipis)
5. 1 sudu serbuk kacang tanah (yang telah digoreng & ditumbuk)
6. 5 - 7 biji limau kasturi
7. Ajinomoto secukup rasa

Cara-Cara Membuatnya
1. Rendam Obor-Obor untuk mengurangkan rasa masinnya selama beberapa jam
2. Tus & hiris Obor-Obor kecil-kecil.
3. Potong dan perah semua limau kasturi, gaulkan dengan Obor-Obor.
4. Masukkan bahan-bahan yang dihiris tadi.
5. Masukkan serbuk kacang tanah.
6. Gaul sehingga sebati, tambah Ajinomoto secukup rasa.
7. Hidangkan.



Tapi dalam resepi bonda buat: Masukkan 1 inchi halia yang dicincang halus ke dalamnya.
Umai Obor-Obor amat sesuai dijadikan pembuka selera, kalau nak pedas tambahkan cili api. Tak perlu tambah garam kerana Obor-Obor sudah masin. Kalau tak nak terlalu masam, kurangkan limau. Selamat mencuba resipi ini khas dari Sarawak.

Suka Main Masak-Masak Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino