Kadang-kadang makn yang masin2 ni bersama dgn nasi dan lauk yang lain memang membuka selera.Bertambah-tambah nasi ke pinggan la jawabnya.Telur masin sebagai contohnya.Fuh~ memang sedap.Apatah lagi kalau dimakan dengan bubur nasi.
Tetapi kali ni Yanti bukannya nak cerita pasal Telur Masin.Tak ada kaitan langsung pun. Kita tengok satu bahan appetizer ni. KOBIS MASIN a.k.a SALTED CABBAGE. bahan ni mudah di dapati kedai runcit or pasaraya.So jangan risau.
rupa kobis masin di pasaran |
Now, Yanti nak share satu resepi ni..Ringkas tapi hasilnya menyelerakan.
KOBIS MASIN GORENG
Bahan-bahan:
3 helai daun kobis masin(dipotong dadu)
1 biji ubi kentang(dipotong dadu)
1 labu bawang besar(dihiris)
Sejemput ikan bilis
2 batang cili api(ikut suka..nak pedas tambah lagi..biar sampai berasap)
Garam
MSG
Gula
minyak untuk menggoreng
Cara membuatnya:
- Panaskan minyak di dalam kuali.Gorengkan kentang sehingga masak dan nampak rangup.Kemudian angkat dan ketepikan.Tuskan minyak dengan kertas tisu penyerap minyak.
- Minyak yang sama tadi yang masih panas,gorengkan kobis masin pulak selama 5 minit. Tuskan kemudian ketepikan.
- Akhir sekali barula gorengkan ikan bilis sehingga rangup.Angkat dan tuskan.
- Buang minyak di dalam kuali.Hati2 kerana minyak sangat panas.
- Panaskan kuali yang sama,masukkan bahan-bahan yang dah digoreng tadi.Masukkan cili api dan perasakan dengan garam,MSG dan gula.
- Lastly,masukkan bawang besar.Tutup api setelah bawang besar hampir layu.Siap dihidang.
~~Lihatlah hasilnya~~~
v
v
v
v
v
Memang menyelerakan..walaupun masakannya simple!
SELAMAT MENCUBA
0 comments:
Post a Comment