Masa mula-mula duduk rumah sewa dahulu,Yanti duduk dengan kakak<satu-satunya kakak kandung Yanti ada> satu rumah.Gaduh,gurau senda itu memang lumrah kehidupan adik-beradik. Banyak jugak yang saya belajar dari kakak Yanti ni.Yang paling penting sekali macam mana nak hidup di rumah sewa sebagai seorang pelajar.Banyak menu ringkas yang saya belajar dari dia.
Seminggu atau dua minggu sekali,kami akan ke pasaraya untuk membeli belah barang dapur.Apa yang kami buat adalah membuat senarai barangan yang wajib ada di dapur bujang kami tu.Sampai sekarang<sekarang kakak dah balik hometown> saya masih praktiskan senarai barang2 dapur tersebut.Jadi,Yanti nak kongsi sedikit tips penting kepada awak semua senarai barang-barang yang perlu di dapur bujang.senarai ni selain dari bahan-bahan seperti garam,gula dan seterusnya.
Senarai barang-barang yang wajib ada di dapur Yanti:
- tepung gandum: banyak kegunaan tepung gandum ni.boleh buat kek,lempeng,kuih jemput2,cucur ikan bilis ke..apa-apa aja lah.harga pun murah<ikut harga pasaran> dan tahan lama.
- ikan bilis: kebayakan masakan memerlukan ikan bilis.malah ikan bilis ni goreng macam tu jer pun dah sedap dibuat lauk.nanti Yanti kongsi resepi yang byk guna ikan bilis ni.
- bawang besar bombay: Yanti suka masukkan bahan ni dalam kebanyakkan masakan.Rasa manisnya terasa malah menambahkan kelazatan masakan.
- bawang putih: walaupun haraga bawang putih sekarang agak mahal,Yanti sedaya upaya mencari kedai yang menjual bahan ni dengan harga berpatutan.
- ubi kentang: ni pulak wajib ada.harga pun murah dan tahan lama.ada beberapa menu Yanti hasilkan dari ubi kentang ni.tunggu sahaja posting yang akan datang.
- kiub ayam: ini merupakan perasa utama dalam kebanyakan masakan Yanti.Yanti lebih suka gunakan kiub daripada yang jenis serbuk.sebab utama ialah lebih jimat.Satu kiub tu Yanti potong 2 atau mengikut keperluan.lagipun yang serbuk ni,kadang-kadang terkena lembapan so nanti berketul-ketul pulak macam kiub.baik guna yang kiub terus kan?
0 comments:
Post a Comment