Sup Telur

Sunday, November 21, 2010

Alhamdulillah..semakin bertambah orang yang sudi singgah ke blog saya ini.Terima kasih saya ucapkan. (Xièxiè).

Amalan pemakanan yang seimbang baik untuk kesihatan tubuh badan kita.Amalan pemakanan sihat adalah satu faktor yang penting ke arah kesihatan sekeluarga dan seharusnya dipupuk dari rumah.Dari kecil bonda tercinta suka masakkan sup untuk santapan keluarga. contohnya sup ayam, sup daging,sup sayur,sup cendawan dan sebagainya. Sememangnya hidangan bersup memang menjadi pilihan Yanti.

Pada kali ini,Yanti nak berkongsi satu resepi ringkas yang selalu Yanti masak sepanjang bergelar 'student' ni. Cara memasaknya mudah dan cepat.Bolehla menjimatkan masa dan tenaga.Almaklumlah balik dari kelas sampai pukul 10pm memang memenatkan.

Sup Telur

Bahan-bahan:
2 biji telur(basuh bersih-bersih sebelum guna yea~)
1 batang sosej ayam
1 ulas bawang besar bombay dihiris(potong macam potong buah oren sunkiss)
3 ulas bawang putih dicincang halus
1/2 kiub ayam 
1 batang lobak merah dipotong bulat-bulat
1/2 biji  kobis (saiz kecil)
4 gelas air(ikut selera)
garam dan lada sulah secukupnya.

Cara membuatnya:

  1. Panaskan air di dalam periuk dan masukkan bawang besar bombay,bawang putih dan kiub ayam. Biarkan sampai mendidih.
  2. Kemudian masukkan lobak merah dan sosej ayam.
  3. Pukul telur di dalam mangkuk masukkan di dalam sup sedkit demi sedikit.Jangan kacaukan dulu sup dan biar kan sup untuk 2 minit.
  4. Selepas itu barulah dikacau sedikit(elak telur pecah).
  5. Masukkan kobis dan masukkan garam dan lada sulah secukupnya.
  6. Tutupkan api.Sedia dihidangkan.
p/s: Jika anda sukakan pedas boleh masukkan cili padi.Untuk sup yang lebih pekat,masukkan larutan tepung jagung setelah masukkan kobis tadi.


Senang jer nak buat kan?


0 comments:

Post a Comment

Suka Main Masak-Masak Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino