Obor-Obor

Wednesday, December 15, 2010

Bulan Disember bagi tahun 2010 belum ada apa-apa 'entry' baru dari Yanti .Bukannya apa, Yanti sangat sibuk 'entertaint' bonda dan aunty datang dari Sarawak.Anak sedara dan sepupu pun ada sekali ikut.Seronok betul meluangkan masa dengan mereka selama seminggu yang lepas. Sejak bercuti ni,Yanti tak sempat nak main masak-masak sangat.Sebabnya bonda dan aunty dah 'conquer' dapur kecil Yanti tu.

Yang paling 'best' skali bonda bawa barang special dari Sarawak.Bahan makanan yang tak mungkin Yanti jumpa di Shah Alam ni atau lebih tepat lagi di tanah Semenanjung Malaysia ni. Bonda bawa obor-obor..huhuhuhu.. My Favorite!!!..Obor-obor ni bonda buatkan jadi umai..aduh sedapnya..Mesti pelik kan dengar biler obor2 dijadikan umai. 

Perlu diingatkan Obor2 ini bukan ditangkap oleh Spongebob Squarepants mahupun si Patrick Star ok~



Bonda buat obor2 ni untuk makan tengah hari.Apa lagi memang menyelerakan. Perut dahla lapar ditambah lagi hidangan yang tak boleh dapat kat Shah Alam ni so ngap terus masuk ke abdomen.Dah licin umai obor2 tu kami kerjakan baru teringat Yanti tak amik gambar obor2 tu..sayangnya..kalau tak leh tumjukkan kat sini.. 
Tapi Yanti cuba 'google'kan.Kot2 mana taw ada ke.Cuba cari gambar2 obor-obor dahulu.

v
v
v
v

ni gambar macam mana obor-obor masin ni dijual di Sarawak

Close up obor-obor 


Last2 Yanti terjumpa satu blog ni yang ada cerita pasal obor2 ni.Mitak izin tuan punya blog untuk copy&paste kat sini..



Umai Obor-Obor
1. 300 gram Obor-Obor masin
2. Dua batang cili merah (dihiris nipis)
3. Sebiji bawang besar (dihiris nipis)
4. Dua biji bawang merah (dihiris nipis)
5. 1 sudu serbuk kacang tanah (yang telah digoreng & ditumbuk)
6. 5 - 7 biji limau kasturi
7. Ajinomoto secukup rasa

Cara-Cara Membuatnya
1. Rendam Obor-Obor untuk mengurangkan rasa masinnya selama beberapa jam
2. Tus & hiris Obor-Obor kecil-kecil.
3. Potong dan perah semua limau kasturi, gaulkan dengan Obor-Obor.
4. Masukkan bahan-bahan yang dihiris tadi.
5. Masukkan serbuk kacang tanah.
6. Gaul sehingga sebati, tambah Ajinomoto secukup rasa.
7. Hidangkan.



Tapi dalam resepi bonda buat: Masukkan 1 inchi halia yang dicincang halus ke dalamnya.
Umai Obor-Obor amat sesuai dijadikan pembuka selera, kalau nak pedas tambahkan cili api. Tak perlu tambah garam kerana Obor-Obor sudah masin. Kalau tak nak terlalu masam, kurangkan limau. Selamat mencuba resipi ini khas dari Sarawak.

0 comments:

Post a Comment

Suka Main Masak-Masak Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino