Sayur Labu Rebus

Saturday, June 11, 2011

Menu sihat menjadi pilihan lagi.Kali ni Yanti pilih sayur labu kuning pulak.Memang 'favorite' dari kecik lagi.Macam-macam kita boleh buat dari labu ni.Boleh buat kuih, kek dan macam-macam lagi.Bijinya pulak dijadikan kuaci.
Labu dikatakan berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., “Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal”. Baginda juga berkata, “Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal…amalkanlah..InsyaAllah..
Resepi kali ni merujuk kepada resepi turun temurun dari bonda(cakap jela mak yang ajar).Yanti harap anda boleh mencubanya di rumah.


Sayur Labu Rebus
Bahan-bahan:
1 biji labu dibuang kulit dan biji.(dipotong ikut saiz kesukaan anda)
4 ulas bawang merah ditumbuk
4 ulas bawang putih ditumbuk
1 batang serai diketuk
1 sudu makan cili giling
1 kiub kecil belacan
sejemput ikan bilis 
air secukupnya untuk merebus
Garam dan MSG(optional) secukupnya..


Cara membuatnya:

  1. Panaskan air di dalam periuk.Masukkan bawang merah, bawang putih, serai, cili giling, ikan bilis dan belacan (campak jer semua..huhu).Biarkan sampai mendidih.
  2. Masukkan sayur labu yang telah dipotong.Biarkan direbus sehingga labu menjadi lembut.Perasakan dengan garam dan msg.Siap!!


Akan tetapi..ada jugak yang suka makan sayur labu ni masak lemak.Jangan risau.Yanti dh buat 2 version sayur labu ni..Senang jer nak buat.Cara memasaknya sama sahaja cuma masukkan santan sebelum dimasukkan garam dan bahan perasa.Tapi kat sini Yanti guna susu sejat sebab Low Cholesterol and Low Fat.Menu sihat lagi!!!

masak lomak pon sodap!!



Sosej Goreng Bersos

Kadang-kadang pada waktu malam malas nak makan nasi kan? Kononnya nak mengamalkan diet. <padahal dah pokai dah pun so makan apa jer yang ada kat umah>. So Resepi kali ni sangat ringkas dan murah.Dan paling penting mengenyangkan. Resepi ini boleh di makan bersama dgn roti atau nasi. Kalau tengok resepi ni memamg selalu wujud di dapur-dapur bujang.Sedap senang,sedap dan mudah disediakan.

Sosej Goreng Bersos
Bahan-bahan:
4 batang sosej dihiris bulat2
1 labu bawang besar dihiris
2 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos cili (terpulang ikut selera)
1 sudu makan sos tiram
1 sudu kecil knorr cukup rasa
1 sudu makan minyak untuk menggoreng.


Cara memasak:

  1. Panaskan minyak, masukkan sosej.Goreng sehingga hampir garing.
  2. Masukkan semua sos termasuk knorr cukup rasa.
  3. Akhir sekali masuukan bawang besar.Tutup api setelah bawang layu.Siap dihidangkan.


Ikan Senangin Masak Lempah Terung Asam

Wednesday, June 8, 2011

Tiba masa nak perkenalkan resepi ringkas dari Sarawak.<sbb Yanti dari Sarawak>. Soalan ini hendak ditujukan kepada anda yang berada di semenanjung: Pernah dengar TERUNG ASAM? mungkin ada di antara anda mengenalinya. So kalau Sarawakian tak payah tanya, ala mesti tahu punya lah~

Jom kita kenali lebih dekat tentang TERUNG ASAM ini.
Terung Asam  juga dikenali 'Terung Dayak' atau 'Terung Bulu' hanya boleh didapati di Borneo walaupun ada kajian botani melaporkan ia berasal dari orang asli di Brazil. Pada asalnya terung ini tumbuh secara liar. Malah, terung liar ini berasal dari keluarga terung  dan diberi nama botaninya sebagai Solanum Ferox. Pada mulnya buahnya berwarna hijau dan bertukar menjadi kuning emas apabila sudah masak.

Terung Asam di pasaran
Baiklah, mari kita tengok cara-cara untuk memasak Terung Asam ini.
v
v
v

Ikan Senangin Masak Lempah Terung Asam

Bahan-bahan:
1 ekor ikan senangin dipotong (ikan terpulang pilihan anda seperti ikan tenggiri dan sebagainya)
1 biji terung asam (dipotong macam buah oren)
1 labu bawang merah bombay dicincang halus
4 biji bawang putih dicincang halus
1 sudu makan cili giling
1 batang serai diketuk
1 sudu kecil serbuk kunyit
air secukupnya untuk merebus
garam dan msg secukupnya..


Cara-cara memasak:
  1. Dalam satu periuk masukkan air, bawang putih, bawang merah, cili giling, serai dan serbuk kunyit.Biarkan sampai mendidih.
  2. Masukkan terung asam dan biarkan masak sehingga kulit terung asam hampir tertanggal.
  3. Masukkan ikan dan biar sehingga ikan masak.Perasakan dgn garam dan msg. Sedia dihidangkan.

inila hasilnya...



hidangan ini memang sedap bg yang suka makan nasi berkuah..perh rasa masam n masin tu bersatu dgn perfect sekali !

SELAMAT  MENCUBA


Sambal Durian Goreng

Wednesday, May 18, 2011

Sambal Durian Goreng  adalah salah satu menu wajib di musim durian di Sarawak.Resepi ini memang berasal dari sana.Orang Sarawak sendiri menggelar menu ini sebagai Tempoyak Goreng walaupun durian segar yang digunakan untuk bahan utama resepi ini.
Kali ini Yanti nak kongsi resepi istimewa ini kepada pembaca sekalian.Kalau nak tahu resepi ini adalah resepi kegemaran Yanti sejak kecil lagi. Kalau makan mesti bertambah-tambah nasi dibuatnya.Sebagai pembuka selera katakan.Tapi ini hanya sesuai untuk yang gemarkan durian sahaja ye.

Sambal Durian Goreng


Bahan-bahan:


1 biji durian diambil isinya(jangan buang biji tengah nya)
5 ulas bawang merah ditumbuk
1 labu bawang besar dipotong macam buah oren
5 ulas bawang putih ditumbuk
2 sudu makan cili giling
1 batang serai diketuk
1 sudu teh serbuk kunyit
sejemput ikan bilis
garam,MSG,gula secukupnya.
sedikit air
sedikit minyak untuk menumis.


Cara memasak:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali.Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk bersama denagan serai,cili giling, serbuk kunyit dan ikan bilis sehingga wangi.
  2. Masukkan durian dan kacau rata.Masukkan sedikt air.Perasakan degan garam,MSG dan gula.Kacau sehingga isi durian tertanggal sedikit dari bijinya.
  3. Akhir sekali masukkan bawang besar.Tutup api setelah bawang besar menjadi layu.Siap dihidangkan.

Ini hasilnya..
v
v
v
v
v
v

Sambal Durian Goreng

p/s: untuk lagi sedap boleh dimasukkan udang atau sotong di dalam masakan ini.

Jari-Jari Wanita Goreng Kicap

Sunday, May 8, 2011

Ini bukan sebarang Jari,Jari ini menjadi kegilaan ramai.Sedap dimakan.Tak kira lelaki mahupun wanita pasti mereka sukakannya.

~OH JARI-JARI WANITA~

Pengakuan ikhlas dari Yanti: Saya bukan Kanibal.

Resepi kali ini adalah resepi ringkas ketika musim final exam melanda.Sudah tentu Yanti lebih tertumpu kepada resepi yang senang, cepat dan ringkas untuk disediakan.Semasa exam amat penting pemakanan yang seimbang dan bersih.Penting sangat-sangat sebab bahaya kalau terkena keracunan makanan pada masa exam ni. Badan kita menjadi lemah dan terhidrat.Mana mungkin nak bertungkus lumus untuk study(last minute) dalam keadaan badan yang begitu lemah.The best choice is MASAK SENDIRI DI RUMAH. Sebabnya kita tahu sendiri cara penyediaan makanan kita mengikut piawaian kebersihan yang diinginkan.(hehehe)

Bukan jari wanita yang Yanti goreng kali ni.Sebenarnya ia adalah 'direct translation' dari sayur "LADIE'S FINGERS" atau orang kita cakap "SAYUR BENDI".Jangan marah ya para pakar bahasa.Sekadar gurauan.
Jom ikuti resepi ringkas nih.

SAYUR KACANG BENDI GORENG KICAP

Bahan-bahan:
1 ikat sayur kacang bendi dipotong senget2
2 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 cili merah dihiris
sejemput ikan bilis
1 senduk kicap masin
air sedikit
minyak untuk memasak

Cara membuatnya:
  1. Panaskan minyak.Tumiskan bahan-bahan yang dihiris berserta dengan ikan bilis sehingga wangi.
  2. Masukkan kacang bendi dan kicap.Masukkan sedikit air. Kacau sehingga sayur masak.siap dihidangkan.


p/s:dalam resepi ini tidak perlu masukkan garam sebab kicap sudah cukup untuk memberi rasa masin dalam masakan. MSG adalah optional.

Senang jer kan?? 
~~Selamat Mencuba~~

Suka Yang Panjang dan Keras

Wednesday, April 20, 2011

Tiga hari lepas, Yanti pergi ke Tesco nak jumpa agen kereta untuk tandatangan agreement pinjaman bank nak beli kereta.Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.Nak tunggu jer kehadiran orang baru dalam hidup Yanti.Insya Allah dia datang dalam hujung bulan ni.

Setelah semuanya siap, apalagi..Shopping!!!! Bukannya nak shopping baju pon.Pergi beli barang dapur kat Tesco tu.Sambil jalan-jalan tolak troli tu Yanti fikir nak masak apa untuk hari tu.Asyik makan nasi jer 2 3 hari sebelum tu.Mana taknya sangat busy dengan minggu terakhir kelas jadi Yanti tak sempat nak memasak.Makan nasi bungkus jela.Jadi kalau boleh menu haritu biarlah simple dan yang penting bukan nasi.

Tiba-tiba Yanti ternampak satu yang panjang dan besar.WoW!!!!!!!! terus Yanti rapat kepadanya..terliur- liur dibuatnya.Yanti pegang dan picit-picit.Wow!!!<sekali lagi>..sangat keras dan masih panas lagi!!! aduh..tak tertahan dibuatnya..Terus Yanti ambil dan peluk ke dalam pangkuan.Terubat sedikit rasa rindu kepadanya..

CUT!!!!! apa korang fikir ni..ni bukan yang macam tula..Actually apa yang Yanti jumpa adalah FRENCH BREAD a.k.a  baguette (pronounced /bæˈɡɛt/). Rasanya baru keluar dari oven sebab masih panas.

Bukan gambar sebenar.Yang Sebenar tak sempat amik gambar sebab sampai rumah tak tahan nak potong so terlupa nak amik gambar.


Whats the best for French Bread.Of course:
The Garlic Bread dip into Chicken Mushroom Cheese Soup 
Yummmmyyy!!!
Jom ikuti resepi ringkas dari Yanti ala-ala barat sikit ye.

The Garlic Bread
Bahan-bahan: 
Satu batang French Bread dipotong senget-senget<ikut suka korang la>
2 ulas bawang putih ditumbuk atau dicincang halus
2 sudu makan marjerin
Serbuk Oregano

Cara membuatnya:
Gaulkan bawang putih bersama dengan marjerin.Kemudian sapukan pada satu permukaan roti.Taburkan sedikit serbuk oregano.Bakar di di dalam oven selama 3 ke 4 minit.

Chicken Mushroom Cheese Soup
Bahan-bahan:
2 paket Soup cendawan segera Campbell
1 cawan isi ayam kisar
2 ulas bawang putih dihiris
1 labu bawang besar bombay dicincang halus
5 biji cendawan butang<dalam tin> dihiris 
1 sudu makan serbuk oregano
1 sudu makan serbuk lada hitam
1/2 kiub ayam
2 keping cheese 
Larutan tepung jagung<1 sudu tepung jagung + stgh cawan air>
1 gelas air
garam dan MSG secukupnya

Cara membuatnya:
  1. Panaskan air didalam periuk sehingga mendidih.Masukkan ayam kisar dan pecah-pecah isi ayam supaya tida bergumpal.
  2. Masukkan bawang putih dan bawang besar bombay.
  3. Masukkan Soup cendawan segera Campbell.Kacau sebati dan biarkan sampai mendidih.
  4. Masukkan kiub ayam,serbuk oregano,lada hitam,cendawan dan kepingan cheese.
  5. Kacau dan biarkan mendidih.
  6. Akhir sekali masukkan larutan air tepung jagung dan kacau sebati.Biarkan mendidih untuk 2 minit lagi.Perasakan dengan garam dan MSG.Siap dihidangkan bersama Barlic bread.


SELAMAT MENCUBA
p/s: Untuk memotong roti ini, gumakan pisau khas untuk memotong roti.Pisau tersebut biasanya bergerigi.Tujuannya adalah untuk mengelakkan roti menjadi penyek ketika dipotong.untuk dieat seimbang soup ni bleh dimasukkan bersama carrot yang dipotong dadu



BIKIN GUA CUAK!!

Wednesday, April 13, 2011

Aiyaaa...alkisahnya..cerita ini bikin hati ini berdebar-debar jer..rupanya hanya spekulasi yang menimbulkan keraguan di atas kesalahan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.

Dua entry yang lepas Yanti telah postkan beberapa maklumat mengenai TELUR PALSU yang heboh diperkatakan di negara kita MALAYSIA ni..

<I HEART MALAYSIA> 

Menurut sumber yang terbaru,rupa-rupanya telur yang diperkatakan palsu dan dipercayai datang dari negara China itu sebenarnya adalah asli. Telur itu diperkatakan tiruan disebabkan keadaan fizikal telur tersebut yang sebenarnya telah rosak dan bergred rendah. Telur-telur tersebut sebenarnya tidak sepatutnya dijual kepada pengguna.Itulah kalau dah tamak,perkara macam ni lah yang terjadi..

Sampel telur-telur yang dah dirampas itu telah dianalisis oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan didapati semua telur tersebut adalah hundred percent ASLI. <rasanya diaorang wat test DNA kot kat telur2 tu:baru jer belajar dalam kelas Biotechnology semalam> 

Fuh..rasa lega bila mendengar Malaysia masih bebas dari TELUR PALSU ni.Tapi tak bermakna kita ambil endah bila nak beli telur di pasaran nanti.Pada pendapat Yanti seeloknya belilah telur di pasaraya terkemuka sebab mereka mempunyai pembekal yang dipercayai dan mengikut standard yang dikehendaki Quality Control. Kadang-kadang lagi murah taw~


p/s: Yanti suka shopping barang dapur dekat TESCO..


Initial tests reveal 'fake eggs' are real

2011/04/11

KUANTAN: The preliminary analysis conducted by the Health Ministry shows that the so-called fake eggs taken from three stalls in Penang recently are real ones.
However, minister Datuk Seri Liow Tiong Lai said he had ordered a DNA test to be carried out on the eggs and the results were expected to be announced today. He said the preliminary test revealed that the eggs' protein content, yolk and shell calcium were similar to those in genuine eggs.

However, to confirm it, he said the Chemistry Department would carry out the DNA test.

"I was informed on Friday that the contents found in the fake eggs were the same as the genuine ones.

"Since this is a public interest case, we hope the results of the second test will reassure the public," he told reporters after the launch of the national-level World Health Day 2011 celebrations here yesterday.

Liow said the ministry decided to carry out the second test on the "fake egg" samples obtained from three stalls in Pulau Tikus, to allay the public's fear.

"There was a similar case reported in 2007, but the 'fake eggs' were later found to be genuine," he said.

It was reported yesterday that fake eggs did not exist after a sample analysed by the Penang Veterinary Department's laboratory in Bukit Tengah found them to be genuine. However, the department was unable to announce the results as it was waiting for the results of test samples sent to the Chemistry Department in Petaling Jaya.

The Consumers Association of Penang held a press conference on Wednesday complaining that fake eggs were sold at three stalls in Pulau Tikus before the state Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism division's enforcement team raided the premises and seized 270 eggs.

On the Adenovirus breakout at the Army Basic Training Centre (Pusasda) in Port Dickson, Liow said it was under control and only five trainees were still seeking treatment in hospitals. Three of them were warded at Port Dickson Hospital while the other two were at Seremban Hospital.

Liow said 136 trainees were quarantined at the camp to ensure the virus did not affect others, and they were all in stable condition.

DO NOT TRY at HOME

Saturday, April 9, 2011

MANUFACTURING FAKE EGGS

In China there are fake schools and classes that teach a variety of blatant fraud technology, even eggs can be modulated by chemical materials, but also be able to fry cook, is currently the most popular False course.





Step 1 modulation of raw materials
Using 7 kinds of chemical materials, see pic below:


Fake egg was made from calcium carbonate, starch, resin, gelatin, alum and other chemical products.

Step 2 egg production:
Raw egg into the mold to 2 / 3 full, put calcium chloride, colouring die, the egg appears on the film been announced


The ‘yolk’ is shaped in the round mould. ‘Magic water’ containing calcium chloride is used.

By adding a yellow pigment and become raw egg yolk.

Step 3 fake egg shape
In the mold into 1 / 3 raw egg white, like the first package, like dumplings into the egg yolk, egg white into another, into the magic water, a shell eggs will come slowly. Naked egg shape to 1 hour to dry after washing with water, at shells ready.

Step 4
Sewing lines through the use of eggs, immersed in paraffin wax, calcium carbonate, such as modulation of the eggshell into a solution, repeated several times until the shell a little dry, immersion in cold water pumping line shape, this point, the egg has been put on a false cloak.You’re done.


Hard shells are formed by soaking in paraffin wax onto the egg, which are then left to dry.


Oh yeah The Egg is ready. The artificial egg shell is very fragile and break easily but who cares!!
Look so real



Many small bubbles is formed during frying the egg but not many people can tell the difference. The egg look exactly the same, and the eggs taste better than real but you are adding to the statistic of food poisoning person.

Why make fake eggs ?
Because of money.

The cost of fake egg is only 0.55 Yuan/kg, while the true eggs’ market price is 5.6 Yuan/kg.

Cases of problem foods and food poisoning are widely reported in Mainland China over the last few years.. In 2001, there were 185 cases of food poisoning, affecting about 15,715 people and causing 146 deaths. The cases doubled in 2002. In 2003, the number of reported cases was ten times more than that in 2001, and the number of people suffered was as high as 29,660, including 262 deaths Now In Sept 2008 Nearly 53,000 Chinese children sick from contaminated milk; 4 have died

P/s: This is just the information how the fake eggs are made.Do not try at home and produced it for commercial.

Telur Tak Original

Thursday, April 7, 2011

Korang suka makan telur tak?Mesti salah satu makanan kegemaran korang kan.Lagi-lagilah kalau student, stok telur memang wajib dalam dapur bujang korang. Telur merupakan sumber protein yang murah dan tahan lama sikit. So sangat sesuai la untuk student.Macam-macam menu yang boleh diolah dari telur ni.Malah kebanyakan masakan memerlukan telur sebagai bahan utama.
Akan tetapi Yanti terkejut dengan berita yang disampaikan di TV dalam dua tiga hari ni.Macam-macam manusia sekarang ni kerana tamak dan haloba mengejar wang dan kekayaan sampaikan makanan pun nak di palsukan.Ikuti maklumat yang Yanti dapat dari Utusan Malaysia mengenai Telur Tiruan ni.

ARKIB : 07/04/2011 

Awas telur tiruan di pasaran – CAP

PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan pengguna di Malaysia supaya berhati-hati ketika membeli telur kerana terdapat telur tiruan dijual di pasaran.
Pagi kelmarin, seorang pengguna datang ke pejabat CAP bersama sedulang telur yang agak luar biasa bentuknya. Menurut beliau, apabila dimasak, telur itu tidak berbau seperti telur biasa dan tidak mempunyai sebarang rasa. Oleh kerana beliau berasa ragu-ragu dengan kandungan telur yang dibelinya itu, beliau membawa telur-telur tersebut ke pejabat CAP dan terus membuat aduan mengenainya.
Selepas diperiksa, kami mendapati memang benar telur-telur tersebut mempunyai bentuk yang berbeza daripada biasa. Ia besar dan bila dipecahkan tidak kelihatan pusat telur (chalazae - bahan legap yang biasanya terdapat pada putih telur, membendung kuning telur pada bahagian tengah telur). Telur-telur itu juga tidak berbau seperti telur biasa.
Mengikut satu laporan, telur tiruan adalah perkara biasa di China. Pengguna di negara itu telah dinasihatkan supaya mengawasi telur tiruan ketika mereka hendak membeli telur.
Mengikut laporan tersebut, telur tiruan mengandungi bahan-bahan kimia. Cangkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan.
Kuning telur dihasilkan hanya dengan mencampurkan pewarna makanan kuning lemon ke dalam adunannya.
Kalsium klorida ditambah ke dalam adunan telur dan kemudian ke dalam acuan untuk menghasilkan membran telur. Cangkerang telur diperbuat dengan lilin parafin, serbuk gypsum, kalsium karbonat dan bahan-bahan lain.
Pada amnya bahan-bahan ini adalah penambah makanan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama. Oleh itu telur tiruan hanya mempunyai sedikit atau tidak langsung berkhasiat berbanding telur sebenar.
Perbezaan telur tiruan (kanan) dan telur asli. – BERNAMA
Cara mengenal telur tiruan:
  1. Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
  2. Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
  3. Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
  4. Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
  5. Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.
  6. Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
  7. Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
  8. Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.

Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia. Memandangkan ia merupakan makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini.
Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang haram dimakan oleh orang Islam.
Perbezaan telur ayam asli (kanan) dan tiruan selepas direbus. – Bernama

Lepas ni korang kenalah berhati-hati membeli telur di pasaran.Setakat ini rampasan dibuat di pasar-pasar sekitar Pulau Pinang. Agak 'scary ' bagi Yanti lepas terdengar berita ni.Terus berlari ke dapur tengok telur2 dalam peti sejuk.Bila belek2 telur kat dapur ada sisa-sisa najis ayam.So Yanti 'assume' yang telur tu original.Mungkin method yang Yanti cadangkan ni berguna sebab Telur Tiruan tu nampak berkilat dan bersih jer..huhu..

p/s: basuh telur bersih-bersih sebelum dipecahkan atau dimasak sebab nak buangkan sisa2 najis ayam.Kalau tak haram makan makanan yang bernajis kan?Kebersihan melambangkan peribadi anda..

Spegeti Campak2

Ada request dari seorang teman nak makan Spegeti bolognese yang Yantie masak.Memang suka masak untuk dia sebab dia makan habis so tak membazir.<ala kalau perut lapar memang main bantai jer kan?>
So inilah resepi spegeti bolognese dari Yanti.tapi main campak-campak jer sebab 'rushing' nak g jumpa dia.


Spaghetti Bolognese


Bahan-bahan:
100 gram daging lembu cincang
1/2 paket Spaghetti
1 tin kecil tomato puree
2 bawang besar bombay(dikisar halus)
5 ulas bawang putih(dikisar halus)
1 bawang besar bombay (dipotong macam potong buah oren)
1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
3 biji bunga cengkih
2 sudu makan lada hitam
1 tin tomato puree
2 senduk sos tomato
1 senduk sos cili
1 sudu makan sos tiram
1 kiub ayam/daging
2 sudu makan serbuk oregano
1 sudu makan serbuk thyme
1 batang lobak merah(dipotong dadu)
1 senduk minyak masak
1 gelas air
Garam dan MSG secukupnya


Cara Membuatnya:


  1. Panaskan minyak di dalam kuali.Masukkan daging cincang dan goreng sehingga kering.
  2. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar bersama dengan kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih.kacau sehingga naik bau
  3. Kemudian campakkan kiub ayam dan masukkan semua sos berserta dengan tomato puree.Masukkan air dan kacau.Biarkan mendidih untuk sepuluh minit.
  4. Masukkan lobak merah, oregano, thyme dan lada hitam ke dalam masakan.Perasakan dengan garam dan MSG.
  5. Jika terlalu pekat tambahkan air ikut selera.Akhir sekali masukkan bawang bombay yang dipotong oren ke dalam masakan dan tutp api setelah bawang layu.
  6. Untuk spegeti pulak, patah2kan spegeti ikut selera ke dalam periuk yang berisi air mendidih+garam+sedikit minyak zaitun.Rebus sehingga spegeti jadi lembut.Tuskan dan hidangkan bersama dengan kuah yang dimasakkan tadi....
siap da..main campak2 jer..sebab nak cepat punya pasal...selamat mencuba!!










Huhu..his favorite~~



BESAR / kecik : BIG/small

Tuesday, April 5, 2011

Kenapa nak yang besar?kecik kan ok? sibuk jer nak yang besar-besar..bukannya apa..yang besar itu senang dilihat.Mata pun x sakit nak tengok.Tapi ada orang kata besar tu menyusahkan.Eh!! taklah..

cuba korang tengok.antara gajah dan semut.Mana lagi senang korang nak nampak..Gajah kan??!!

Ada cerita di sebalik BESAR dan kecik ni..Ada pembaca yang komen blog saya ni guna font yang bersaiz kecil.Beliau memohon Yanti untuk besarkan font dalam stiap entry.Terima kasih Yanti u capkan dekat beliau atas cadangan beliau tersebut.

Orang komen kita yang baik2 kene la kita take note kan? Insya Allah,Yanti akan tunaikan permintaan para pembaca setia blog Yanti..hehe..sayang korang semua taw !!

Untuk cari jalan penyelesaian bagi tempoh masa yang singkat ni,Yanti cadangkan para pembaca sekalian termasuk beliau sila click Ctrl+  pada page Yanti ni.Dan tetiba page tu akan membesar..harap korang paham ek apa yang Yanti maksudkan ni k.Tq.

Ayam Main Bola

Wednesday, January 12, 2011

Ayam pandai ke main bola?Siapa kata? Yanti yang kata..Just Kidding ok..Well this next recipe i got inspired by the football match between Indonesia and Malaysia. Congratulation to Malaysia team for winning the match.How did i get the idea to come out with this recipe? It was very simple.During the football match i saw the ball that all the players between both teams was kicked over here and there in middle of the field.It had me wonder of something with round shape that can be eaten.Then it was straight forward reminded me with chicken ball.Hope you guys will enjoy reading and try the recipe.And of course it is easy one to try~

Chicken MeatBalls
Ingredients:
100 gram minced chicken meat
1 carrot chopped 
1 big onion chopped
2 tablespoons cornflour
1 tablespoon wheat flour
2 garlics chopped
1 chicken cube
1 tablespoon dried oregano
1 teaspoon dried thyme
1 tablespoon black pepper
Oil for frying.

Directions:

  1. Wash the chicken meat and rinse it in a sieve.
  2. Mix all of the ingredients with the chicken in a bowl.If the mixed chicken is less viscous add more wheat flour until you get the desired viscosity or become a dough.
  3. Heat the oil in the frying pan.By using 2 tablespoons, make a round shape from the dough.Then fry it until goldish n crispy.Ready to serve.This chicken balls are the best serve with the thai sauce.


Ayam Main Bola??

Suka Main Masak-Masak Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino