Saya Suka Makan Belacan

Friday, December 24, 2010

Tajuk di atas adalah fakta dari saya.Jom kita kenali lebih mendalam apa itu belacan.

Belacan merupakan sejenis bahan masakan yang diperbuat daripada udang kara yang dimampatkan dan tahan lama. Ia mempunyai bau yang kuat tetapi sedap dan berkhasiat dimakan. Terdapat sesetengah orang yang gemar membakarnya sedikit sebelum digunakan kerana ini membangkitkan baunya. Maupun begitu, sekiranya dibakar, belacan mengeluarkan bau yang sungguh kuat.
Belacan juga merupakan salah satu bahan bagi menghasilkan sambal belacan, iaitu cili dan belacan yang ditumbuk lumat dengan menggunakan belacan dihasilkan daripada udang dan ada juga yang dihasilkan dari ikan.
Proses pembuatannya.. udang dibersihkan dahulu, kemudian dimasukkan kedalam pengisar, tambahkan sedikit garam dan bahan pengawet. kisarkan belacan tersebut sehingga hancur. keluarkan dan jemurkan belacan tersebut. tambahkan sedikit tepung bagi membolehkan belacan tersebut dibentuk empat segi mahupun bulatan.

Sekarang Yanti nak berkongsi satu resepi yang selalu mak buat kat rumah.Salah satu menu kesukaan Yanti la jugak.Memang sedap.Tetapi kepada sesiapa yang alah kepada belacan so sorry to say: RUGINYA....

TERUNG GORENG BELACAN

Bahan-bahan:
2 batang terung (dibelah dua dan dipotong senget2)
3 ulas Bawang merah
2 ulas Bawang putih 
1 cili merah(ikut suka nak pedas campur cili api)
Sejemput ikan bilis
1 inchi belacan
1/2 cawan air
1 senduk minyak masak
Garam dan MSG secukupnya

Cara membuatnya:
  1. Bakar terung di dalam oven sehingga keperang-perangan dan hampir hangus
  2. Di dalam lesung batu,tumbuk bawang merah,bawang putih,cili,ikan bilis dan belacan.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali.Tumiskan bahan- bahan tumbuk tadi sehinga naik bau belacan.
  4. Kemudian masukkan terung dan air.Kacau.
  5. Perasakan dengan garam dan MSG.
  6. Tutup api dan sedia dihidangkan.
TIPS: Tujuan terung dibakar dulu adalah untuk mengelakkan terung menjadi lebik bila dimasak.Dengan cara ni dapat mengekalkan kerangupan terung setelah di masak.


Senang jer kan????!!!!..tetapi bila Yanti buat rasaya x sama dengan rasa mak buat..air tangan ibu katakan..
Selamat mencuba!!!!

0 comments:

Post a Comment

Suka Main Masak-Masak Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino