Sambal Durian Goreng

Wednesday, May 18, 2011

Sambal Durian Goreng  adalah salah satu menu wajib di musim durian di Sarawak.Resepi ini memang berasal dari sana.Orang Sarawak sendiri menggelar menu ini sebagai Tempoyak Goreng walaupun durian segar yang digunakan untuk bahan utama resepi ini.
Kali ini Yanti nak kongsi resepi istimewa ini kepada pembaca sekalian.Kalau nak tahu resepi ini adalah resepi kegemaran Yanti sejak kecil lagi. Kalau makan mesti bertambah-tambah nasi dibuatnya.Sebagai pembuka selera katakan.Tapi ini hanya sesuai untuk yang gemarkan durian sahaja ye.

Sambal Durian Goreng


Bahan-bahan:


1 biji durian diambil isinya(jangan buang biji tengah nya)
5 ulas bawang merah ditumbuk
1 labu bawang besar dipotong macam buah oren
5 ulas bawang putih ditumbuk
2 sudu makan cili giling
1 batang serai diketuk
1 sudu teh serbuk kunyit
sejemput ikan bilis
garam,MSG,gula secukupnya.
sedikit air
sedikit minyak untuk menumis.


Cara memasak:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali.Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk bersama denagan serai,cili giling, serbuk kunyit dan ikan bilis sehingga wangi.
  2. Masukkan durian dan kacau rata.Masukkan sedikt air.Perasakan degan garam,MSG dan gula.Kacau sehingga isi durian tertanggal sedikit dari bijinya.
  3. Akhir sekali masukkan bawang besar.Tutup api setelah bawang besar menjadi layu.Siap dihidangkan.

Ini hasilnya..
v
v
v
v
v
v

Sambal Durian Goreng

p/s: untuk lagi sedap boleh dimasukkan udang atau sotong di dalam masakan ini.

Jari-Jari Wanita Goreng Kicap

Sunday, May 8, 2011

Ini bukan sebarang Jari,Jari ini menjadi kegilaan ramai.Sedap dimakan.Tak kira lelaki mahupun wanita pasti mereka sukakannya.

~OH JARI-JARI WANITA~

Pengakuan ikhlas dari Yanti: Saya bukan Kanibal.

Resepi kali ini adalah resepi ringkas ketika musim final exam melanda.Sudah tentu Yanti lebih tertumpu kepada resepi yang senang, cepat dan ringkas untuk disediakan.Semasa exam amat penting pemakanan yang seimbang dan bersih.Penting sangat-sangat sebab bahaya kalau terkena keracunan makanan pada masa exam ni. Badan kita menjadi lemah dan terhidrat.Mana mungkin nak bertungkus lumus untuk study(last minute) dalam keadaan badan yang begitu lemah.The best choice is MASAK SENDIRI DI RUMAH. Sebabnya kita tahu sendiri cara penyediaan makanan kita mengikut piawaian kebersihan yang diinginkan.(hehehe)

Bukan jari wanita yang Yanti goreng kali ni.Sebenarnya ia adalah 'direct translation' dari sayur "LADIE'S FINGERS" atau orang kita cakap "SAYUR BENDI".Jangan marah ya para pakar bahasa.Sekadar gurauan.
Jom ikuti resepi ringkas nih.

SAYUR KACANG BENDI GORENG KICAP

Bahan-bahan:
1 ikat sayur kacang bendi dipotong senget2
2 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 cili merah dihiris
sejemput ikan bilis
1 senduk kicap masin
air sedikit
minyak untuk memasak

Cara membuatnya:
  1. Panaskan minyak.Tumiskan bahan-bahan yang dihiris berserta dengan ikan bilis sehingga wangi.
  2. Masukkan kacang bendi dan kicap.Masukkan sedikit air. Kacau sehingga sayur masak.siap dihidangkan.


p/s:dalam resepi ini tidak perlu masukkan garam sebab kicap sudah cukup untuk memberi rasa masin dalam masakan. MSG adalah optional.

Senang jer kan?? 
~~Selamat Mencuba~~

Suka Main Masak-Masak Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino