Ini bukan sebarang Jari,Jari ini menjadi kegilaan ramai.Sedap dimakan.Tak kira lelaki mahupun wanita pasti mereka sukakannya.
~OH JARI-JARI WANITA~
Pengakuan ikhlas dari Yanti: Saya bukan Kanibal.
Resepi kali ini adalah resepi ringkas ketika musim final exam melanda.Sudah tentu Yanti lebih tertumpu kepada resepi yang senang, cepat dan ringkas untuk disediakan.Semasa exam amat penting pemakanan yang seimbang dan bersih.Penting sangat-sangat sebab bahaya kalau terkena keracunan makanan pada masa exam ni. Badan kita menjadi lemah dan terhidrat.Mana mungkin nak bertungkus lumus untuk study(last minute) dalam keadaan badan yang begitu lemah.The best choice is MASAK SENDIRI DI RUMAH. Sebabnya kita tahu sendiri cara penyediaan makanan kita mengikut piawaian kebersihan yang diinginkan.(hehehe)
Bukan jari wanita yang Yanti goreng kali ni.Sebenarnya ia adalah 'direct translation' dari sayur "LADIE'S FINGERS" atau orang kita cakap "SAYUR BENDI".Jangan marah ya para pakar bahasa.Sekadar gurauan.
Jom ikuti resepi ringkas nih.
SAYUR KACANG BENDI GORENG KICAP
Bahan-bahan:
1 ikat sayur kacang bendi dipotong senget2
2 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 cili merah dihiris
sejemput ikan bilis
1 senduk kicap masin
air sedikit
minyak untuk memasak
Cara membuatnya:
- Panaskan minyak.Tumiskan bahan-bahan yang dihiris berserta dengan ikan bilis sehingga wangi.
- Masukkan kacang bendi dan kicap.Masukkan sedikit air. Kacau sehingga sayur masak.siap dihidangkan.
p/s:dalam resepi ini tidak perlu masukkan garam sebab kicap sudah cukup untuk memberi rasa masin dalam masakan. MSG adalah optional.
Senang jer kan??
~~Selamat Mencuba~~
0 comments:
Post a Comment