Sayur Labu Rebus

Saturday, June 11, 2011

Menu sihat menjadi pilihan lagi.Kali ni Yanti pilih sayur labu kuning pulak.Memang 'favorite' dari kecik lagi.Macam-macam kita boleh buat dari labu ni.Boleh buat kuih, kek dan macam-macam lagi.Bijinya pulak dijadikan kuaci.
Labu dikatakan berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., “Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal”. Baginda juga berkata, “Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal…amalkanlah..InsyaAllah..
Resepi kali ni merujuk kepada resepi turun temurun dari bonda(cakap jela mak yang ajar).Yanti harap anda boleh mencubanya di rumah.


Sayur Labu Rebus
Bahan-bahan:
1 biji labu dibuang kulit dan biji.(dipotong ikut saiz kesukaan anda)
4 ulas bawang merah ditumbuk
4 ulas bawang putih ditumbuk
1 batang serai diketuk
1 sudu makan cili giling
1 kiub kecil belacan
sejemput ikan bilis 
air secukupnya untuk merebus
Garam dan MSG(optional) secukupnya..


Cara membuatnya:

  1. Panaskan air di dalam periuk.Masukkan bawang merah, bawang putih, serai, cili giling, ikan bilis dan belacan (campak jer semua..huhu).Biarkan sampai mendidih.
  2. Masukkan sayur labu yang telah dipotong.Biarkan direbus sehingga labu menjadi lembut.Perasakan dengan garam dan msg.Siap!!


Akan tetapi..ada jugak yang suka makan sayur labu ni masak lemak.Jangan risau.Yanti dh buat 2 version sayur labu ni..Senang jer nak buat.Cara memasaknya sama sahaja cuma masukkan santan sebelum dimasukkan garam dan bahan perasa.Tapi kat sini Yanti guna susu sejat sebab Low Cholesterol and Low Fat.Menu sihat lagi!!!

masak lomak pon sodap!!



Sosej Goreng Bersos

Kadang-kadang pada waktu malam malas nak makan nasi kan? Kononnya nak mengamalkan diet. <padahal dah pokai dah pun so makan apa jer yang ada kat umah>. So Resepi kali ni sangat ringkas dan murah.Dan paling penting mengenyangkan. Resepi ini boleh di makan bersama dgn roti atau nasi. Kalau tengok resepi ni memamg selalu wujud di dapur-dapur bujang.Sedap senang,sedap dan mudah disediakan.

Sosej Goreng Bersos
Bahan-bahan:
4 batang sosej dihiris bulat2
1 labu bawang besar dihiris
2 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos cili (terpulang ikut selera)
1 sudu makan sos tiram
1 sudu kecil knorr cukup rasa
1 sudu makan minyak untuk menggoreng.


Cara memasak:

  1. Panaskan minyak, masukkan sosej.Goreng sehingga hampir garing.
  2. Masukkan semua sos termasuk knorr cukup rasa.
  3. Akhir sekali masuukan bawang besar.Tutup api setelah bawang layu.Siap dihidangkan.


Ikan Senangin Masak Lempah Terung Asam

Wednesday, June 8, 2011

Tiba masa nak perkenalkan resepi ringkas dari Sarawak.<sbb Yanti dari Sarawak>. Soalan ini hendak ditujukan kepada anda yang berada di semenanjung: Pernah dengar TERUNG ASAM? mungkin ada di antara anda mengenalinya. So kalau Sarawakian tak payah tanya, ala mesti tahu punya lah~

Jom kita kenali lebih dekat tentang TERUNG ASAM ini.
Terung Asam  juga dikenali 'Terung Dayak' atau 'Terung Bulu' hanya boleh didapati di Borneo walaupun ada kajian botani melaporkan ia berasal dari orang asli di Brazil. Pada asalnya terung ini tumbuh secara liar. Malah, terung liar ini berasal dari keluarga terung  dan diberi nama botaninya sebagai Solanum Ferox. Pada mulnya buahnya berwarna hijau dan bertukar menjadi kuning emas apabila sudah masak.

Terung Asam di pasaran
Baiklah, mari kita tengok cara-cara untuk memasak Terung Asam ini.
v
v
v

Ikan Senangin Masak Lempah Terung Asam

Bahan-bahan:
1 ekor ikan senangin dipotong (ikan terpulang pilihan anda seperti ikan tenggiri dan sebagainya)
1 biji terung asam (dipotong macam buah oren)
1 labu bawang merah bombay dicincang halus
4 biji bawang putih dicincang halus
1 sudu makan cili giling
1 batang serai diketuk
1 sudu kecil serbuk kunyit
air secukupnya untuk merebus
garam dan msg secukupnya..


Cara-cara memasak:
  1. Dalam satu periuk masukkan air, bawang putih, bawang merah, cili giling, serai dan serbuk kunyit.Biarkan sampai mendidih.
  2. Masukkan terung asam dan biarkan masak sehingga kulit terung asam hampir tertanggal.
  3. Masukkan ikan dan biar sehingga ikan masak.Perasakan dgn garam dan msg. Sedia dihidangkan.

inila hasilnya...



hidangan ini memang sedap bg yang suka makan nasi berkuah..perh rasa masam n masin tu bersatu dgn perfect sekali !

SELAMAT  MENCUBA


Suka Main Masak-Masak Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino