Menu sihat menjadi pilihan lagi.Kali ni Yanti pilih sayur labu kuning pulak.Memang 'favorite' dari kecik lagi.Macam-macam kita boleh buat dari labu ni.Boleh buat kuih, kek dan macam-macam lagi.Bijinya pulak dijadikan kuaci.
Labu dikatakan berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., “Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal”. Baginda juga berkata, “Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal…amalkanlah..InsyaAllah..
Resepi kali ni merujuk kepada resepi turun temurun dari bonda(cakap jela mak yang ajar).Yanti harap anda boleh mencubanya di rumah.
Sayur Labu Rebus
Bahan-bahan:
1 biji labu dibuang kulit dan biji.(dipotong ikut saiz kesukaan anda)
4 ulas bawang merah ditumbuk
4 ulas bawang putih ditumbuk
1 batang serai diketuk
1 sudu makan cili giling
1 kiub kecil belacan
sejemput ikan bilis
air secukupnya untuk merebus
Garam dan MSG(optional) secukupnya..
Cara membuatnya:
- Panaskan air di dalam periuk.Masukkan bawang merah, bawang putih, serai, cili giling, ikan bilis dan belacan (campak jer semua..huhu).Biarkan sampai mendidih.
- Masukkan sayur labu yang telah dipotong.Biarkan direbus sehingga labu menjadi lembut.Perasakan dengan garam dan msg.Siap!!
Akan tetapi..ada jugak yang suka makan sayur labu ni masak lemak.Jangan risau.Yanti dh buat 2 version sayur labu ni..Senang jer nak buat.Cara memasaknya sama sahaja cuma masukkan santan sebelum dimasukkan garam dan bahan perasa.Tapi kat sini Yanti guna susu sejat sebab Low Cholesterol and Low Fat.Menu sihat lagi!!!
masak lomak pon sodap!!
0 comments:
Post a Comment