Hello Everyone..
Dah berapa hari Yanti tak mencoret di blog ini.Selain memasak,Yanti suka mengumpul koleksi resepi dari majalah,surat khabar dan juga sumber-sumber dari internet. Ada satu buku ini Yanti beli masa 'book fair' dekat fakulti.
Tajuk buku:Senangnya Memasak Makanan Barat
Harga:RM5.00
Di dalam buku ini terdapat 25 resepi mudah masakan barat.Banyak jugak yang Yanti cuba dan diolah balik mengikut kesesuaian.<hehe..tengok stok ape yang ada kat dapur>.
Resepi Yanti yang seterusya ni diilhamkan dari buku ni..Yanti ubahkan sedikit sebab guna apa yang ada kat dapur.Terima kasih kepada Chef Hanieliza kerana memberi inspirasi kepada Yanti dalam main masak-masak.
Pai Sherpherd:
Bahan-bahan inti:
1 cawan daging ayam cincang<chef hanieliza guna daging lembu tapi Yanti tukar sebab suka makan ayam>
1 batang lobak merah (dipotong dadu)
1 ulas bawang merah besar bombay (dipotong dadu)
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
1/2 cawan larutan tepung jagung(satu sudu makan tepung jagung+ 1/2 cawan air)
1/2 kiub ayam (Yanti lebih suka guna Knorr)
1 sudu kecil serbuk oregano
3 sudu makan minyak zaiton(minyak masak biasa pun boleh)
garam dan lada sulah secukup rasa
Bahan-bahan untuk pai:
4 biji ubi kentang
1 sudu makan marjerin
1/2 cawan susu segar
garam secukupnya
Cara membuatnya:
- Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah besar dan bawang putih sehingga wangi.
- Masukkan ayam cincang dan lobak merah,kacau sehingga air kering. Kemudian masukkan bahan-bahan yang lain dan kacau lagi.
- Masukkan larutan tepung jagung kacau rata dan tutupkan api.Ketepikan
- Buangkan kulit ubi kentang dan potong empat.Rebuskan bersama garam sehingga empuk.
- Lenyekkan ubi kentang bersama marjerin,susu segar dan garam.
- Di dalam mangkuk tahan panas,sapukan minyak.
- Masukkan separuh kentang tadi di dalam mangkuk.
- Kemudian masukkan inti dan tutup dengan separuh lagi kentang yang tinggal
- Taburkan serbuk oregano dan lada sulah.
- Bakar di dalam oven selama 1 jam pada suhu 180 darjah celcius
|
selamat mencuba |