Ayam Masak Lemak Tanpa Santan

Thursday, November 25, 2010

Ayam masak lemak tanpa santan? Kata masak lemak,tapi kenapa tak ada santan?..
Bawa bertenang ya. Ini bukan gurauaun.Tapi adalah kenyataan.Percayalah..(bawak sleng lagu Datuk Ct)

Alkisahnya..Yanti teringin nak makan ayam masak lemak.Sebab haritu ada beli ayam segar.Menu dah ditetapkan,lepas itu  kene lah buat 'check list':cukup ke tak ramuan untuk ayam masak lemak kita ni..

Akan tetapi...bahan utama SANTAN tidak ada kat rumah.Tak kira la yang segar,dalam kotak ataupun serbuk santan dalam paket pun tak ada.Nak ke kedai malas la pulak.(pokai sebenarnya tu yang liat nak pergi kedai). Jadi, Yanti cuba cari alternatif yang lain. (Nak sangat makan ayam masak lemak nih!!!).

Teringat kat Bonda di rumah selalu menggantikan santan dengan F&N Evaporated Milk.Kata bonda, kurang lemak dan rendah kolestrol katanya.Masakan pun tahan lama daripada guna santan segar.

TAPI.....Itupun tidak ada kewujudannya di dapur kecil ku itu..Think Yanti..Think...Sambil-sambil tu menggeledah rak makanan. Tiba-tiba Yanti terjumpa suatu serbuk yang warna 'off white' di dalam Tupperware(Yanti rembat bonda punya Tupperware khas diterbangkan dari Kuching). Susu Tepung Fernleaf!!
elok jugak guna susu tepung ni:
Tulang sihat gigi kuat!!

Yea!!Problem is solved:Jom kita tengok resepinya pulak macam mana.Resepi ringkas dan mudah dibuat.

Ayam Masak Lemak Tanpa Santan 


Bahan-bahan:
100 gram daging ayam.dipotong ikut suka
2 biji ubi kentang di belah 4
1 labu bawang bombay
1 ulas bawang putih
1 batang serai dititik
5 sudu makan Susu Tepung Fernleaf (larutkan dalam 1 gelas air masak)
3 gelas air
1 kiub ayam
1 sudu makan serbuk kunyit
1 keping asam keping
Garam dan gula/MSG secukup rasa.


Cara memasak:

  1. Panaskan air di dalam periuk.Masukkan semua bahan kecuali Susu Tepung Fernleaf, garam dan gula.
  2. Masakkan sehingga ayam masak dan ubi kentang menjadi lembut.
  3. Masukkan Susu Tepung Fernleaf dan kacau perlahan.Masak sehingga mendidih.Selaraskan rasa masakan dengan garam dan MSG secukupnya.Sedia dihidangkan.
p/s: untuk merasa sensasi pedas,masukkan cili api atau macam Yanti masuk 1 biji cili merah pun dah gerun( tak suka makan pedas)





Sorry..gambar x clear..guna camera hp jer..

Lemon Chicken

Wednesday, November 24, 2010

I went to Tesco with a friend for buying something to refuel my almost empty  fridge. I walked through at the fruits section.Suddenly i was mesmerized by a yellow colour fruits. There were a full basket of lemons(not berjuta-juta lemons ok).
Then i realized myself its a been a long time i do not cook this one of my favorite dish which is LEMON CHICKEN . My sister taught me how to make this simple dish.I took only one lemon and went straight to the chicken section.I chose 2 chicken ribs in a packet(very cheap and it cost me RM3.25)Now i want to share it with all of you and hope that you will try it by yourself.

Lemon Chicken  : (portion for 2 persons)




Ingredients:
2 chicken ribs cut into small pieces
1 egg
1/2 lemon squeezed to get the juice
cornflour solution(1 teaspoon + 1/4 cup of water)
cooking oil for frying

Directions:
  1. Beat the egg.
  2. Soak the chicken into the beaten  egg
  3. Coat the chicken cut with Adabi All Purpose Seasoned Flour thoroughly until all surface is covered.
  4. Heat the oil with medium flame and deep fry the chicken until golden brown (10 - 15 minutes).Place them in a plate.
  5. For the lemon sauce,heat 1 tablespoon cooking oil.Add the lemon juice,Knorr Pasti Sedap and cornflour solution.Stir well until boil.
  6. Pour the sauce to the fried chicken.Ready to serve.
~SELAMAT MENCUBA~

Playing with the pasta

I love pasta very much. When it turns to pasta, it always reminds me to Rachel Ray. This recipe is inspired by her.That is what i like to do.Watching the show and try it by myself at my kitchen.Its like doing the experiment in the laboratory(i am chemistry student). The ingredients are depend on what do i have in the kitchen on that time.




Fried Spaghetti (portion for 2 persons)

Ingredients:

1/2 packet of Spaghetti
1 cup minced chicken
1 carrot chopped
4 garlics
1 tablespoon chili paste
2 big onions
1 chicken cube
1  tablespoon dried oregano
1  tablespoon dried thyme
1 packet oh mix herbs(cinnamon,cloves and anise)
5 tablespoon tomato ketchup
1 tablespoon oyster sauce
3 tablespoon olive oil
2 tablespoon black pepper
salt 


Directions

  1. Boil a large pot of water for the pasta.Add some salt and oil.
  2. Drain it and put it aside.
  3. Blend garlics,onions and chili paste together in a blender.
  4. Heat olive oil in a pan and add the mix herbs.Then add the blended garlics,onions and chili paste.
  5. Add minced chicken and carrot and keep stirring until all the water evaporated
  6. Add the tomato ketchup,oyster sauce and chicken cube and stir well.
  7. Add the pasta into the pan and keep on stirring.
  8. Lastly add the oregano and thyme.Adjust the taste by adding some salt.


Sup Telur

Sunday, November 21, 2010

Alhamdulillah..semakin bertambah orang yang sudi singgah ke blog saya ini.Terima kasih saya ucapkan. (Xièxiè).

Amalan pemakanan yang seimbang baik untuk kesihatan tubuh badan kita.Amalan pemakanan sihat adalah satu faktor yang penting ke arah kesihatan sekeluarga dan seharusnya dipupuk dari rumah.Dari kecil bonda tercinta suka masakkan sup untuk santapan keluarga. contohnya sup ayam, sup daging,sup sayur,sup cendawan dan sebagainya. Sememangnya hidangan bersup memang menjadi pilihan Yanti.

Pada kali ini,Yanti nak berkongsi satu resepi ringkas yang selalu Yanti masak sepanjang bergelar 'student' ni. Cara memasaknya mudah dan cepat.Bolehla menjimatkan masa dan tenaga.Almaklumlah balik dari kelas sampai pukul 10pm memang memenatkan.

Sup Telur

Bahan-bahan:
2 biji telur(basuh bersih-bersih sebelum guna yea~)
1 batang sosej ayam
1 ulas bawang besar bombay dihiris(potong macam potong buah oren sunkiss)
3 ulas bawang putih dicincang halus
1/2 kiub ayam 
1 batang lobak merah dipotong bulat-bulat
1/2 biji  kobis (saiz kecil)
4 gelas air(ikut selera)
garam dan lada sulah secukupnya.

Cara membuatnya:

  1. Panaskan air di dalam periuk dan masukkan bawang besar bombay,bawang putih dan kiub ayam. Biarkan sampai mendidih.
  2. Kemudian masukkan lobak merah dan sosej ayam.
  3. Pukul telur di dalam mangkuk masukkan di dalam sup sedkit demi sedikit.Jangan kacaukan dulu sup dan biar kan sup untuk 2 minit.
  4. Selepas itu barulah dikacau sedikit(elak telur pecah).
  5. Masukkan kobis dan masukkan garam dan lada sulah secukupnya.
  6. Tutupkan api.Sedia dihidangkan.
p/s: Jika anda sukakan pedas boleh masukkan cili padi.Untuk sup yang lebih pekat,masukkan larutan tepung jagung setelah masukkan kobis tadi.


Senang jer nak buat kan?


Pai Sherpherd

Friday, November 19, 2010

Hello Everyone..
Dah berapa hari Yanti tak mencoret di blog ini.Selain memasak,Yanti suka mengumpul koleksi resepi dari majalah,surat khabar dan juga sumber-sumber dari internet. Ada satu buku ini Yanti beli masa 'book fair' dekat fakulti.

Tajuk buku:Senangnya Memasak Makanan Barat
Penulis:Chef Hanieliza 
Harga:RM5.00

Di dalam buku ini terdapat 25 resepi mudah masakan barat.Banyak jugak yang Yanti cuba dan diolah balik mengikut kesesuaian.<hehe..tengok stok ape yang ada kat dapur>. 
Resepi Yanti yang seterusya ni diilhamkan dari buku ni..Yanti ubahkan sedikit sebab guna apa yang ada kat dapur.Terima kasih kepada Chef Hanieliza kerana memberi inspirasi kepada Yanti dalam main masak-masak.

Pai Sherpherd:

Bahan-bahan inti:
1 cawan daging ayam cincang<chef hanieliza guna daging lembu tapi Yanti tukar sebab suka makan ayam>
1 batang lobak merah (dipotong dadu)
1 ulas bawang merah besar bombay (dipotong dadu)
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
1/2 cawan larutan tepung jagung(satu sudu makan tepung jagung+ 1/2 cawan air)
1/2 kiub ayam (Yanti lebih suka guna Knorr)
1 sudu kecil serbuk oregano
3 sudu makan minyak zaiton(minyak masak biasa pun boleh)
garam dan lada sulah secukup rasa

Bahan-bahan untuk pai:
4 biji ubi kentang 
1 sudu makan marjerin
1/2 cawan susu segar
garam secukupnya

Cara membuatnya:
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah besar dan bawang putih sehingga wangi.
  2. Masukkan ayam cincang dan lobak merah,kacau sehingga air kering. Kemudian masukkan bahan-bahan yang lain dan kacau lagi.
  3. Masukkan larutan tepung jagung kacau rata dan tutupkan api.Ketepikan
  4. Buangkan kulit ubi kentang dan potong empat.Rebuskan bersama garam sehingga empuk.
  5. Lenyekkan ubi kentang bersama marjerin,susu segar dan garam.
  6. Di dalam mangkuk tahan panas,sapukan minyak.
  7. Masukkan separuh kentang tadi di dalam mangkuk.
  8. Kemudian masukkan inti dan tutup dengan separuh lagi kentang yang tinggal
  9. Taburkan serbuk oregano dan lada sulah.
  10. Bakar di dalam oven selama 1 jam pada suhu 180 darjah celcius

selamat mencuba


Life as a student. ep:2

Sunday, November 14, 2010

Masa mula-mula duduk rumah sewa dahulu,Yanti duduk dengan kakak<satu-satunya kakak kandung Yanti ada> satu rumah.Gaduh,gurau senda itu memang lumrah kehidupan adik-beradik. Banyak jugak yang saya belajar dari kakak Yanti ni.Yang paling penting sekali macam mana nak hidup di rumah sewa sebagai seorang pelajar.Banyak menu ringkas yang saya belajar dari dia.

Seminggu atau dua minggu sekali,kami akan ke pasaraya untuk membeli belah barang dapur.Apa yang kami buat adalah membuat senarai barangan yang wajib ada di dapur bujang kami tu.Sampai sekarang<sekarang kakak dah balik hometown> saya masih praktiskan senarai barang2 dapur tersebut.Jadi,Yanti nak kongsi sedikit tips penting kepada awak semua senarai barang-barang yang perlu di dapur bujang.senarai ni selain dari bahan-bahan seperti garam,gula dan seterusnya.

Senarai barang-barang yang wajib ada di dapur Yanti:
  1. tepung gandum: banyak kegunaan tepung gandum ni.boleh buat kek,lempeng,kuih jemput2,cucur ikan bilis ke..apa-apa aja lah.harga pun murah<ikut harga pasaran> dan tahan lama.
  2. ikan bilis: kebayakan masakan memerlukan ikan bilis.malah ikan bilis ni goreng macam tu jer pun dah sedap dibuat lauk.nanti Yanti kongsi resepi yang byk guna ikan bilis ni.
  3. bawang besar bombay: Yanti suka masukkan bahan ni dalam kebanyakkan masakan.Rasa manisnya terasa malah menambahkan kelazatan masakan.
  4. bawang putih: walaupun haraga bawang putih sekarang agak mahal,Yanti sedaya upaya mencari kedai yang menjual bahan ni dengan harga berpatutan.
  5. ubi kentang: ni pulak wajib ada.harga pun murah dan tahan lama.ada beberapa menu Yanti hasilkan dari ubi kentang ni.tunggu sahaja posting yang akan datang.
  6. kiub ayam: ini merupakan perasa utama dalam kebanyakan masakan Yanti.Yanti lebih suka gunakan kiub daripada yang jenis serbuk.sebab utama ialah lebih jimat.Satu kiub tu Yanti potong 2 atau mengikut keperluan.lagipun yang serbuk ni,kadang-kadang terkena lembapan so nanti berketul-ketul pulak macam kiub.baik guna yang kiub terus kan?

Puding Roti

Bila yanti kebosanan di rumah,tiba-tiba timbul lah rasa nak makan sesuatu..yang manis-manis dan senang dibuat..so yanti pergila ke dapur tengok-tengok apa yang ada.Yanti terjumpa roti gardenia yang lagi 3 hari nak expired.muncul lah idea nak wat pudding roti ni.

PUDING ROTI

Bahan-bahan:
A)Untuk membuat puding
6 keping roti sandwich(apa-apa jenama pun ok)
1 cawan susu segar
1 biji telur
1 sudu makan tepung kastard
3 sudu makan gula <ikut selera>

B)Untuk sos karamel
4 sudu makan gula<ikut selera>
1 cawan air masak

Cara membuatnya:
  1. Pukul telur dengan gula sehingga kembang.Kemudian masukkan susu segar dan tepung kastard.Teruskan pukul bahan-bahan cecair ini sehingga sebati
  2. koyakkan roti tadi ke dalam mangkuk.Kemudian tuangkan bahan-bahan campuran tadi dan gaulkan sehinga sebati.
  3. biarkan roti tadi direndam selama setengah jam.
  4. sapukan minyak atau marjerin pada loyang.masukkan adunan tadi dan bakar di dalam oven selama setengah jam pada 180 darjah celcius.
  5. untuk sos karamel pulak: panaskan gula di dalam kuali 'non stick' sehingga warna keperangan.kemudian masuukan air dan kacau sehingga sebati.
  6. setelah pudding masak,biarkan sejuk sebentar.potong dan hidang kan bersama sos karamel tadi.

setelah dipotong tuang dengan sos karamel

masa baru mula-mula keluar dari oven

dah nak siap masak ni...
lepas siap semua Yanti pun hidang dengan 'housemate' yang lain..habis sampai licin~

selamat mencuba~


    life as a student

    Friday, November 12, 2010

     dulu2..masa diploma..i duduk kolej..so ape yang teringin makan semuanya disediakan oleh pihak kolej..makan ikut time..makan kene berbaris kat dewan makan<same jer scene masa sekolah dulu>..mknn disediakan ala kadar je..syukur jela..dh kata makan free,,tp dlm hati selalu berkata.nape la dieorg masak ni gitu2 jer..mayb sbb masak byk2 kot..dlm hati dh nekad nk duduk umah sewa masa degree nanti..sbb utamanya: nak MASAK sendiri mknn.

    bila aher je diploma tu dewan mkan pulak makan kene baya..aduh..i ni dhla suka makn..setiap hari mahunye dekat seploh ringgit untuk belanja makn sahaja.belum lagi kalo kira untuk seminggu..duit belanja mmg abis kat mkn n topup<mestila..time tu ade bf so kene nk kontek selalu>...

    so skrg nih dh 2 tahun i duduk umah sewa..so mmg Masak la jawabnyer..sometimes ade gak mkn lua,or tgh hari x balik sbb kelas sampai malam...

    banyak kelebihan kalo kita masak sendiri di rumah ni..antara:
    1. kebesihan terjamin..yela kdg2 kat restoren tu kat lua jer nmpk bersih sekali jenguk kat dapo dier..perh dh rupa cam bengkel kete..lom lagi dgn tukang masaknyer..euw~
    2. raw material dijamin halal dan berkhasiat..sbb brg2 kita beli sendiri kat mane kita taw sumber die halal.then kadang2 kalo ade penyakit tu kene la pantang sket contohnye instead of guna santan kita leh guna susu ideal untuk masak..low cholestrol sket..lemak pun kurang..
    3. masak ikut selera sendiri..yela kadang2 ape org masak tu x ikut taste kita..contohnye pedas sgt ker<i x suka makn mknn pedas>..terpulang la..
    4. jimat..ni yang paling penting..sebagai student wang belanja diberi pa n ma adalah terhad.lain la kalo korg anak kepada org yg loaded..so dgn masak sendiri kat umah leh jimat.sbbnye kita shopping brg2 dapo ni jarang2.harga plak lagi murah kalo kita yg sedia masak kat kedai
    5. persediaan ke alam rumah tangga:ni untuk sesape yg planning nk kawen ke..time ni la kita nk prektis masak2 nih..yang lelaki pun apa salahnye..somtimes,women like men who can cook..kepada si bakal isteri nk pikat suami,kene pikat perutnya dahulu..air tangan tu penting dlm mendidik anak2 n menjaga kebahagiaan rumahtangga<ckp macam die penah kawin jer>
    6. diet: ha yang ni sesuai untuk sesape nk amalkan diet..sbb masak sendiri di rumah kita leh bajet byk mane kita nk masak.,yela kalo mkn kat kedai mesti nak makn sampi habis dlm sepinggan tu..alasannya xnk bazir sbb mende tu kita bayar..

    ok..itu jela beberapa kelebihannya kalo kita masak sendiri di rumah...tp kadang2 kalau rasa malas nk masak tu mkn kat luar juak..hehehe..

    history of main masak-masak

    Main masak-masak is one of my favorite activity when i was 5 or 6 (i don't remember actually).i used to play it with my childhood playmate(Diana) who is older me a year .my parents encouraged me this 'game' by buying me stuff for main masak..i still remember there was a cute frying pan,spatula n etc..i missed that moment so much..so back to sejarah masak2..there was one day i wore a skirt<always wear a skirt when i was kid>.me n my fren try to 'cook' rice..the real one. not like we used sands like before<kate main masak2>.so i went to my mom's kitchen seeking for the rice.i worked silently like a tiny mouse searching where did my mom put the rice.yes! i found it!! so i lift up my skirt n put the rice onto my skirt and fold it. yeyeye!!..i got the rice..so next mission was to sneak out from the kitchen..so i walked slowly n leaved the place without a trace..yes,i made it..at the backyard with my friend,we main masak2 with the real rice..

    My interest into cooking is based on this story..i like to cook. yes i am.my first dish that i made by myself is omelette..i know its sound easy for u to cook.but i was 6 years old back then.my mom always beside me n guides me at the kitchen.Thats is why i always refer to her when it turns into cooking..

    The interest on cooking getting stronger after i have done with my UPSR..i try new thing to cook<for me la..> i try to apply back what i saw my mum cooking at the kitchen.like nasi goreng, sawi goreng with oyster sauce<my favorite!!> and eggs soup..after i tried it,i made it!!!

    years by years..cooking is becoming my hobby..i like to share my recipes with my friend and family..  even thought i am not a chef or and experts in cooking,cooking is my hobby.

    so what i expect from this blog is:
    1. i can share some recipes from my own creation<suka masak campak2>
    2. so everyone can try and comment it here
    3. suggestion from u guys what is the best for improving the cook
    4. and etc..

    Suka Main Masak-Masak Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino