Pai Sherpherd

Friday, November 19, 2010

Hello Everyone..
Dah berapa hari Yanti tak mencoret di blog ini.Selain memasak,Yanti suka mengumpul koleksi resepi dari majalah,surat khabar dan juga sumber-sumber dari internet. Ada satu buku ini Yanti beli masa 'book fair' dekat fakulti.

Tajuk buku:Senangnya Memasak Makanan Barat
Penulis:Chef Hanieliza 
Harga:RM5.00

Di dalam buku ini terdapat 25 resepi mudah masakan barat.Banyak jugak yang Yanti cuba dan diolah balik mengikut kesesuaian.<hehe..tengok stok ape yang ada kat dapur>. 
Resepi Yanti yang seterusya ni diilhamkan dari buku ni..Yanti ubahkan sedikit sebab guna apa yang ada kat dapur.Terima kasih kepada Chef Hanieliza kerana memberi inspirasi kepada Yanti dalam main masak-masak.

Pai Sherpherd:

Bahan-bahan inti:
1 cawan daging ayam cincang<chef hanieliza guna daging lembu tapi Yanti tukar sebab suka makan ayam>
1 batang lobak merah (dipotong dadu)
1 ulas bawang merah besar bombay (dipotong dadu)
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
1/2 cawan larutan tepung jagung(satu sudu makan tepung jagung+ 1/2 cawan air)
1/2 kiub ayam (Yanti lebih suka guna Knorr)
1 sudu kecil serbuk oregano
3 sudu makan minyak zaiton(minyak masak biasa pun boleh)
garam dan lada sulah secukup rasa

Bahan-bahan untuk pai:
4 biji ubi kentang 
1 sudu makan marjerin
1/2 cawan susu segar
garam secukupnya

Cara membuatnya:
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah besar dan bawang putih sehingga wangi.
  2. Masukkan ayam cincang dan lobak merah,kacau sehingga air kering. Kemudian masukkan bahan-bahan yang lain dan kacau lagi.
  3. Masukkan larutan tepung jagung kacau rata dan tutupkan api.Ketepikan
  4. Buangkan kulit ubi kentang dan potong empat.Rebuskan bersama garam sehingga empuk.
  5. Lenyekkan ubi kentang bersama marjerin,susu segar dan garam.
  6. Di dalam mangkuk tahan panas,sapukan minyak.
  7. Masukkan separuh kentang tadi di dalam mangkuk.
  8. Kemudian masukkan inti dan tutup dengan separuh lagi kentang yang tinggal
  9. Taburkan serbuk oregano dan lada sulah.
  10. Bakar di dalam oven selama 1 jam pada suhu 180 darjah celcius

selamat mencuba


2 comments:

Heizal Hamid said...

Wah! Sedapnyer...!

Yanti Suudi said...

Wanna eat it?try it yourself at home.

Post a Comment

Suka Main Masak-Masak Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino